Friday, March 25, 2011
DEFINISI JANTUNG
Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasnya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa.
Mujurlah dengan adanya kesedaran yang lebih baik, lebih ramai pesakit boleh mengesan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada tanda-tanda atau gejala sakit jantung dan mendapatkan rawatan sewajarnya.
Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung.
Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda
PUNCA
Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalka darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.
Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri.
Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung.
Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.
Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.
Friday, March 18, 2011
Tanda-tanda Amaran Strok Termasuklah:-
Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya.
Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba.
Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja.Tidak sedarkan diri.
Salah satu tanda perdarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa yang berlaku dengan tiba-tiba .
Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja (Serangan Strok sementara atau TIA) tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja. Apabila tanda-tanda ini berlaku, cepatlah berjumpa doktor kerana rawatan perubatan atau pembedahan awal boleh mencegah daripada berlakunya strok. Jika gejala-gejala di atas agak teruk, telefonlah ambulan.
Walaupun tanda-tanda yang serupa boleh disebabkan oleh mabuk kerana arak, memakan ubat berlebihan, reaksi insulin ataupun penyakit lain, ia juga adalah tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja. Kejayaan rawatan ke atas mangsa bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan sidtem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital. Asas-asas utama bantuan hidup asas adalah penting dalam penjagaan mangsa strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar.
Sekatan saluran pernafasan boleh berlaku. Jika ini terjadi, saluran pernafasan mestilah dibuka segera dan bantuan pernafasan perlu diberikan.
shapiee & arpah
tel : 019-2095164 / 03-87365309
http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com
Strok
Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri. Ia merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-duanya sekali. Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera.
shapiee & arpah
tel : 019-2095164 / 03-87365309
http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com
Wednesday, March 16, 2011
Penyakit Saluran Darah Jantung
Punca-punca
Apabila kolesterol atau bahan-bahan lain dimendapkan di saluran-saluran jantung anda (arteri koronari), pembentukan plak akan berlaku menyebabkan saluran-saluran darah penting menjadi sempit.
Proses penyakit ini dipanggil ateriosklerosis. Penyempitan saluran darah jantung mengakibatkan darah yang kurang oksigen dibekalkan kepada otot jantung. Ini boleh mengakibatkan sakit dada (angina pektoris) Jika plak yang terbentuk menyumbat sepenuhnya saluranjantung, atau saluran jantung pecah, ini akan mengakibatkan serangan jantung (infark miokardium). Jika anda mempunyai simptom-simptom sakit dada,anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Simptom-simptom sakit dada termasuklah sakit di dada yang tersebar ke bahagian atas badan dan sakit dada yang sangat mendesak.
Diagnosis
Banyak faktor yang menyumbangkan kepada pembentukan plak dan penyakit sakit jantung (CAD). Faktor-faktor ini termasuklah keluarga bersejarah menghidapi penyakit jantung, tahap kolesterol dan tahap trigliserida (asid lemak) yang tinggi dalam darah, kencing manis, merokok, berat badan berlebihan, kurang bersenaman dan dan tekanan darah tinggi.
Beberapa ujian akan dijalankan oleh doktor untuk mengesahkan anda menghidapi penyakit jantung. Elektrokardiogram (ECG atau EKG) akan diialankan untuk menentukan aktiviti elektrik jantung anda; keabnormalan ujian mungkin menunjukkan kerosakan tisu jantung anda.
Ujian rintangan (stress test) dijalankan untuk mengesahkan bahagian jantung yang mengalami kerosakan. Lawatan ke makmal Kateterasi jantung mungkin diperlukan untuk mejalankan angiogram jantung. Dalam prosedur ini, bahan pewarna kimia, disuntikkan ke dalam saluran-saluran jantung.Gambaran saluran-saluran jantung dapat dilihat di skrin x-ray.
Gambar-gambar ini menunjukkan secara tepat saluran-saluran darah yang tersumbat dan lokasinya.
Pilihan Untuk Rawatan
Selepas dikenalpasti keadaan saluran jantung anda,doktor akan memberi pilihan rawatan bergantung kepada ketenatan dan tahap penyakit. Anda akan dinasihatkan untuk membuat beberapa perubahan dalam kehidupan harian seperti berhenti merokok,perubahan pada pemakanan, dan senaman.
Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit sakit jantung. Ini termasuklah makan ubat, angioplasti jantung, penggunaan stent jantung, atau pembedahan graf pintas jantung (CABG). Doktor akan membincangkan pilihan-pilihan ini dengan anda.
Prosedur angioplasti jantung mungkin dilakukan selepas prosedur angiogram jantung. Kemungkinan juga, anda boleh pulang ke rumah dan diminta kembali untuk prosedur selepas mengambil ubat untuk satu jangka masa. Walaupun prosedur ini bukan pembedahan,anda masih diminta supaya tidak makan atau minum sebarangan mulai dari tengah malam pada hari sebelumnya. Adalah penting untuk mematuhi semua arahan dengan berhati-hati sebelum prosedur.
Angioplasti Jantung
Pada hari prosedur dijalankan, anda akan dibawa ke makmal kateterasi jantung dan penyediaan adalah sama dengan prosedur angiogram jantung.
Satu potongan yang kecil akan dibuat pada bahagian atas kaki anda (atau di pergelangan tangan dalam sesetengah kes) untuk memasukkan tiub-tiub halus yang panjang (kateter) yang boleh dijejaki di jantung anda. Satu bahan pewarna kimia x-ray (kontras) akan disuntikkan untuk menunjukkan lokasi-lokasi saluran darah yang berpenyakit.
Bila sampai ke lokasi saluran darah yang berpenyakit, kateter yang sangat nipis dengan sebiji belon akan diinflasikan,di bahagian yang berpenyakit selama 30 hingga 90 saat untuk membukakan bahagian saluran darah yang tersumbat atau sempit.Anda mungkin merasa sesuatu tekanan sepanjang inflasi, tetapi sensasi akan berlepas apabila belon telah dikempis. Adalah penting supaya tidak bergerak-gerak agar gambar-gambar x-ray jelas dapat dilihat oleh doktor.
Penggunaan Stent Jantung
Jika arteri tidak dibuka secukupnya selepas prosedur angioplasti belon, doktor boleh menempatkan satu stent (satu struktur logam yang kecil) dalam arteri. Alat stent ini dimuatkan diatas sebiji kateter belon. Prosedur untuk meletakkan stent adalah sama dengan prosedur angioplasti belon. Penempatan stent-stent kekal tetap dalam arteri.
Selepas stent ditempatkan pada saluran jantung, penyempitan semula saluran darah boleh berlaku dan ini dinamakan restenosis/penyempitan semula saluran darah. Stent dengan ubat bolen mengurangkan penyempitan semula saluran darah berbanding dengan stent logam biasa.Bagaimanapun terdapat risiko pembekuan darah (trombosis) walaupun risikonya rendah.
Untuk mengurangkan proses penyempitan semula saluran darah dan melindungi diri daripada trombosis, doktor mungkin akan mengesyorkan Genous Bio-kejuruteraan R stent yang tidak berbahaya kepada tisu dan tidak membebaskan sebarangan dadah ke dalam arteri yang berpenyakit.
shapiee & arpah
tel : 019-2095164 / 03-87365309
http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com
Tuesday, March 15, 2011
PEMERIKSAAN KESIHATAN 'PERCUMA'
* Dapatkan pemeriksaan mikro-peredaran dan pemeriksaan kesihatan profesional secara PERCUMA yang bernilai RM100++. (Mesin Mikro-peredaran Mikro). Anda boleh melihat sendiri salur darah mikro anda.
Gambar yang menunjukkan saluran kapilari darah anda setelah discan menggunakan mesin mikro-peredaran mikro.
Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
Siasatan umum di China menunjukkan bahawa 75% pesakit jantung koronari juga merupakan pesakit tekanan darah tinggi. Manakala, kejadian penyakit jantung koronari dalam kumpulan yang tekanan darahnya melebihi 160/95mmHg adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada orang biasa. Tambahan pula, tekanan arteri meningkat bagi pesakit tekanan darah tinggi, ini juga boleh mencederakan dinding vaskular dan mempercepatkan proses aterosklerosis. Untuk mencegah aterosklerosis, adalah penting untuk mengawal tekanan darah tinggi.
* Obesiti
Kejadian penyakit jantung koronari adalah 5 kali ganda lebih tinggi bagi orang yang obesiti. Obesiti merujuk kepada orang yang berat badannya lebih daripada 120% mengikut standard. Berat badan (kg) yang standard sama dengan ketinggian (cm) ditolak 105. Obesiti disebabkan oleh pelbagai faktor. Ramai penyelidik bersetuju di mana penyebab utama adalah terlalu tingginya kandungan kalori dalam makanan dan kekurangan senaman. Warisan atau keturunan juga merupakan satu faktor kepada obesiti. Orang yang obesiti biasanya juga mempunyai paras lipid darah yang tinggi, tekanan darah tinggi dan toleransi-gula yang rendah, dimana semua ini akan menyebabkan aterosklerosis. Senaman dan diet yang sihat merupakan cara yang baik untuk mengurangkan berat badan.
Bagaimana untuk mengawal berat badan secara saintifik dan berkesan?
Jika kalori adalah lebih daripada permintaan kehidupan harian, kalori yang berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak simpanan. Dalam keadaan normal, secara umumnya, bagi kerja rumah atau kerja yang perlu berfikir banyak, satu kilogram berat badan memerlukan 35 kcal setiap hari; dan bagi seorang pekerja buruh, 40-50 kcal adalah diperlukan; ini akan berkurangan sedikit demi sedikit dengan peningkatan umur. Orang yang berumur 51-60 tahun memerlukan 80% daripada tenaga yang disebut di atas; umur 60-70, 70%. Setiap gram bijirin boleh membekalkan 4 kcal; setiap gram protein, 4 kcal; setiap gram lemak, 9 kcal. Cara pemakanan perlulah seimbang – 20% kalori dibekalkan oleh protein, 20% daripada lemak, 50-60% daripada bijirin dan harus mengurangkan pengambilan gula. Cara dietetik yang paling baik ialah makan banyak kali tetapi setiap kali memakan kuantiti yang sedikit. Tidak disarankan untuk makan terlalu banyak dalam sekali. Rajin bersenam juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Kaedah yang paling baik ialah kombinasi antara diet dan senaman yang secukupnya, nasi antara diet dan senaman yang secukupnya.
* Penyakit Kencing Manis (Diabetes)
Diabetes boleh meningkatkan kejadian penyakit jantung koronari. Di antara orang yang rendah toleransi-gula, kadar kejadian penyakit jantung koronari pada lelaki adalah satu kali ganda lebih manakala bagi perempuan adalah 3-4 kali ganda lebih. Jika ditambah pula dengan tekanan darah tinggi, kadar kejadian penyakit jantung koronari akan meningkat dengan nyata. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan kadar kejadian penyakit jantung koronari tinggi di kalangan pesakit diabetes, tetapi sebab yang utama ialah lipodistrofi, iaitu peningkatan paras trigliserida dan kolesterol. Dianogsis awal diabetes dan rawatan yang berkesan dapat mengawal atau mencegah penyakit jantung koronari, Danshen Plus berkesan terhadap diabetes dan yang paling penting ialah ia dapat melindungi saluran darah dan saraf.
12. Angina Pektoris
Pengaliran darah arteri koronari bagi orang yang normal boleh meningkat atau menurun bergantung kepada aktiviti fizikal yang berat ataupun ringan. Pengaliran darah dalam arteri koronari adalah 6-7 kali ganda lebih tinggi semasa aktiviti fizikal berbanding dengan keadaan berehat. Apabila sebahagian daripada arteri koronari menjadi sempit disebabkan oleh plak ateroma, pengaliran darah di bahagian ini menjadi terhad. Jika bahagian yang sempit ini kurang daripada 50% daripada seluruh saluran darah, ia masih boleh membekalkan keperluan oksigen kepada otok kardiak semasa melakukan aktiviti fizikal. Jika bahagian sempit melebihi 75% semasa aktiviti fizikal yang hebat, pengaliran darah tidak dapat memenuhi peningkatan keperluan oksigen oleh otot kardiak dan miokardial anoksia berlaku dengan kesakitan. Terdapat korelasi positif antara intensiti aktiviti fizikal yang menyebabkan angina pektoris dengan penyempitan kaviti (stricture) tersebut. Angina Pektoris Tasly Danshen
Sekiranya angio-spasme (kekebasan saluran darah) berlaku bersama plak, 'stricture' akan bertambah teruk dan pengaliran darah di dalam arteri menjadi perlahan buat sementara. Ini boleh menyebabkan angina pektoris pada tahap malar (rehat). Intensiti yang menyebabkan angina pektoris boleh menjadi tinggi atau rendah. Kadang-kala aktiviti-aktiviti yang perlahan seperti stimulasi sejuk pada waktu pagi juga boleh menyebabkan angina pektoris.Secara ringkas, angina pektoris ialah satu simptom bagi miokardial anoksida yang disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak dapat memenuhi keperluan metabolisme otot jantung.
13. Rasa sakit apakah di bahagian dada merupakan tanda Angina Pektoris?
Angina pektoris adalah suatu rasa yang subjektif. Jika kesakitan terasa di bahagian belakang tulang dada, atau kesakitan ketat di sebelah kiri dada dan merebak ke bahagian kiri leher dan bahu atau kesakitan dalaman pada lengan kiri selama 5-10 minit, dan jika kesakitan ini disebabkan dengan aktiviti fizikal, stimulasi sejuk atau makan terlalu banyak, selalunya berlaku pada waktu pagi, dan akan hilang setelah berhenti aktiviti tersebut, kemungkinan berlaku angina pektoris adalah lebih daripada 90%. Tetapi doktor tidak boleh membuat diagnosis apa yang diperkatakan oleh pesakit, jika tidak, akan membuat diagnosis yang salah. Adalah tidak boleh dikatakan seseorang itu mengidap penyakit jantung koronari sehinngga dibuktikan terdapat miokardial iskemia, atau penyempitan arteri koronari. Berdasarkan bukti yang objektif mengenai miokardial iskemia, diagnosis untuk CHD boleh dibuat bagi kes yang tidak tipikal.
14. Mengapakah angina pektoris selalu muncul bersama hiperfagia (mengambil terlalu banyak makanan)
Untuk menghadam makanan berlebihan, usus perlu menggeliang-geliut lebih dan merembeskan lebih banyak jus penghadaman, ini memerlukan peningkatan bekalan darah kepada saluran gastrointestinal, maka jantung perlu meningkatkan pengeluaran kardiak dan penggunaan oksigen oleh otot kardiak juga akan meningkat. Pada masa ini, jika masih makan banyak makanan yang berlemak tinggi, lipid dalam darah dan kelikatan darah akan meningkat. Ini memudahkan pembentukan mikro-trombus yang akan menyebabkan angina pektoris.
15. Infarksi Miokardial
Infarksi miokardial merujuk kepada penghalangan pengaliran darah dalam arteri koronari yang tidak normal. Bekalan darah berkurangan dengan banyak menyebabkan miokardial iskemia yang serius, akhirnya membawa kepada nekrosis iskemia pada miokardium (lapisan dinding jantung yang sederhana tebal dan paling tebal yang terdiri daripada otot jantung).
16. Penyebab infarksi miokardial
Dalam kebanyakan kes, infarksi miokardial adalah disebabkan oleh bekuan darah dalam arteri koronari. Pembentukan bekuan darah adalah disebabkan oleh aterosklerosis. Infarksi miokardial mempunyai subjenis yang berlainan berasaskan sebab yang nyata, ciri-ciri patologi, ciri ECG, dan simptom-simptom klinikal. Setiap subjenis infarksi miokardial mempunyai ciri-ciri khusus yang nyata, tambahan kepada simptom umumnya.
17. Simptom yang biasa terdapat pada infarksi miokardial
Pesakit dengan infarksi miokardial selalunya menghadapi kesakitan yang teruk dan berterusan pada belakang tulang dada. Simptom lain termasuk demam, sel darah putih berlebihan; bacaan ECG yang tidak normal menandakan kerosakan miokardial akut, iskemia dan nekrosis pada otot jantung. Kadang-kala juga menghadapi denyutan jantung yang tidak normal, kejutan atau kegagalan jantung berfungsi. Oleh itu, infarksi miokardial merupakan penyakit jantung koronari yang serius.
18. Ciri-ciri infarksi miokardial pada orang tua
Infarksi miokardial pada orang tua selalunya berlaku tanpa kesakitan yang nyata pada bahagian dada, malah tiada rasa sakit langsung. Sebaliknya, mereka sentiasa berasa sesak pada dada, palpitasi, sesak nafas atau tekanan darah rendah, berpeluh sejuk, kesejukan pada tangan dan kaki. Kadang-kala berasa tidak senang pada bahagian tengah badan, sakit, rasa loya, bersama dengan simptom seperti sakit tekak, bahu, belakang badan dan nyanyuk. Jika seseorang tua itu mempunyai salah satu simptom atau lebih seperti yang disebut di atas, mereka harus berhati-hati kerana kemungkinan besar akan mendapat infarksi miokardial.
Friday, March 11, 2011
Jantung
Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".
Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari
shapiee & arpah
tel : 019-2095164 / 03-87365309
http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com
Monday, March 7, 2011
Sunday, March 6, 2011
- Kelesuan
- Aktiviti menjadi terhad
- Dada terasa sesak
- Buku lali bengkak atau edema
- Sesak nafas
Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.
Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.
dengan ini juga kita boleh mencegahnya dari awal & berringatlah kita sebelum ianya datang pada kita ..... untuk keterangan selanjutnya anda bolehlah melayari lamat web kami
shapiee & arpah
tel : 019-2095164 / 03-87365309
http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com
sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada kami di alamat BlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
- Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
- Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
tel : 019-2095164 / 03-87365309
http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com/
sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada kami di alamat danshenplus@yahoo.com
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
- Penjagaan pemakanan dan berat badan
- Kerap bersenam
- Pengubatan
- Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
- Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
- Dimana hendak mendapat ubat?
shapiee & arpah
tel : 019-2095164 / 017-6531512 / 03-87365309
http://www.pembersihsalurdarahdanshen.com
sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada kami di alamat
danshenplus@yahoo.com
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
untuk pemeriksaan salur darah secara percuma dengan menggunakan mesin Microcirculation anda boleh lah datang ke
era cekap enterprise (sabtu sahaja)
no 14 A tingkat 1
jalan tun abd aziz
43000 kajang
selangor
tel : 03-87365309 @ 019-2095164 / 017-6531512
atau layari http://pembersihsalurdarahdanshen.com